Saturday, April 18, 2009

AF - Aku Furious


tulisan ini ikhlas
jauh dari lubuk sanubari aku
yang putih
jernih
luhur

aku sedikit kesal
aku sedikit jengkel
aku sedikit meluat
aku sedikit menyampah

makin lame aku tengok
aku tenung
aku dengar
aku perati

makin aku rase nak campak kerusi
makin aku rasa nak lempar gelas
makin aku rasa nak off tv
makin aku tak mau duk kat Malaysia

malu
segan
terpedaya
menyesal

aku pening
aku tak paham
aku cube untuk paham
tapi aku masih gagal

mungkin kerana aku betol
mungkin kerana aku silap
mungkin tak siapa yang betol
mungkin mereka berhak

kalau begitu
aku juga berhak
berhak untuk menulis
berhak untuk bersuara
berhak untuk memilih

apa motif yang sebenarnya?
apa tujuan lahirnya?
apa penyebabnya?
apa gunanya?

pada hemah aku
tujuan : kosong
sebab : duit
akibat : menipu dan tertipu

dari satu musim ke satu musim
peningkatan mutu : tidak
peningkatan eksyen : ye
peningkatan tahap koya : ye

ke mana sudah nya?
apa perolehannya?
siapa beroleh untung?
bagaimana kesudahanya?
bila akan berakhir dunia FANTASI ini?

setiap kali aku tonton
setiap kali aku menyumpah seranah
sejauh mana cita-cita pengetua?
sejauh mana perjalanan pelajar?

aku pelik
stadium banjir dgn penonton
ruang tamu penuh dengan sorak
kerusi paling depan... tok bilal

ape yang aku cuba sentuh
pasal
satu realiti show
pasal satu 'tempat belajar fantasi'

bagi aku
name tempat mmg sesuai
La Academi de Fantacia
seronok bagai di kayangan

makin lama
makin kuat berfantasi
makin kuat berangan
makin kuat syok sendiri
makin banyak duit masuk

ber'fantasi' seorg yang hebat di atas pentas
ber'fantasi' berada di konsert meletop di bawah
ber'fantasi' kami adalah super performer
ber'fantasi' kritikan akan di guna

sedih bercampur sebak
sedih tengok anak bangsa
berasa mampu ke bulan
tapi tanah di bumi lupa di pijak sebelum melonjak

ibarat pepatah melayu
cikgu kencing berdiri
anak murid kencing berlari
yang tengok kencing melompat

seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus
lautan dalam jgn di duga dengan kail sejengkal
bukan semua bintang mampu terang
habis madu sepah di buang

aku sekali minat
tu pon minat Heliza
sebab die org Ganu Kite
sebab die comey

ade akal
fikir lah
perlu ke semua ni?
boleh ke mereka ni?
layak ke kami ni?
berbaloi ke sms ni?
berfaedah ke bende ni?
sedap ke suara aku ni?
betol ke aku best?
dah tak de keje laen ke yang boleh aku buat?

oleh itu
aku simpulkan satu je
dah la berangan
berhentilah berharap
berpijaklah di bumi nyata

untuk sekelian kali nya
aku tak suka AKADEMI FANTASIA!!!
bakat hape macam tu
kalau dah tak de
tak de la
tak payah syk sendiri rase ade






No comments:

Post a Comment